ULASAN BROKER FOREX FBS

fbs
Bonus100%
PeraturanIFSC
MobileYa
InstrumentsCFDs, Emas
Websitewww.fbs.com
LAWAT BROKER

Mencari broker Forex yang sesuai boleh menjadi satu cabaran yang besar. Ini disebabkan sekarang terdapat begitu banyak pilihan. Seperti mana-mana bentuk pelaburan, anda dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan sebelum memilih broker forex yang terbaik untuk keperluan anda. Di topratedforexbrokers.com sini, kami telah menyediakan ulasan broker forex FBS 2019 ini untuk memberi anda maklumat yang cukup untuk membandingkan pelbagai broker  dan membuat keputusan yang tepat.

PENGENALAN TENTANG PERDAGANGAN FOREX FBS DAN APA YANG TAWARKAN OLEH MEREKA

Broker forex FBS bermula operasi pada tahun 2009. Ini bererti FBS boleh dianggap sebagai broker yang berpengalaman dalam dunia Forex. FBS adalah nama dagangan FBS Markets Inc (nombor pendaftaran 119717), Parallax Incorporated (VC0100), Tradestone Limited (353534).

FBS mempunyai pejabat di beberapa negara Asia yang penting, termasuk China dan bandar-bandar seperti Kuala Lumpur di Malaysia. Bagaimanapun, kita harus menyebutkan bahawa FBS tidak menerima pedagang forex dari Amerika Syarikat, Cyprus, Belize, dan Rusia. FBS adalah broker forex STP dan ECN. Ia telah memenangi beberapa anugerah berprestij termasuk beberapa yang dikeluarkan oleh World Finance Foreign Exchange Awards.

FBS dikawal selia oleh IFSC dan CySec: 

  • Peraturan: IFSC; Lesen IFSC / 60/230 / TS / 17, No.1 Orchid Garden Street, Belmopan, Belize, C.A.
  • CySec (Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus), Nombor Lesen: 331/17.

Ini telah memberi mereka reputasi yang baik kerana ia bermakna mereka mematuhi peraturan yang kukuh yang dikelaurkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan. Pedagang forex FBS juga mendapat manfaat daripada peningkatan langkah keselamatan yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi. Dengan Broker forex FBS, terdapat juga janji transaksi kewangan yang cepat dan licin.

FBS.com mempunyai laman web yang hebat dan ia mengandungi banyak maklumat yang berguna. Broker forex antarabangsa ini juga menpunyai khidmat pelanggan yang sangat baik dengan komunikasi melalui e-mel, panggilan telefon, live chat, messenger Facebook, Telegram dan WeChat. FBS juga menyokong beberapa bahasa seperti bahasa Rusia, Sepanyol, Turki, Cina, dan bahasa Inggeris.

Biasanya, USD dan EUR adalah mata wang yang dipilih untuk membuka akaun dan amaun deposit minima ialah $1. Ini bermaksud FBS adalah pilihan yang baik untuk Pedagang forex pemula yang menpunyai modal terhad. Terdapat juga akaun Islam bagi Pedagang forex yang mahu berdagang mengikut hukum islam. Broker forex FBS juga menpunyai berapa bonus forex yang menarik.

FBS TAWARKAN BANYAK AKAUN YANG BERBEZA

Akaun sen – ini sesuai untuk pedagang pemula kerana ia membolehkan para pedagang forex mendapat pengalaman nyata dengan risiko yang minima. Deposit minima hanya $1 dan leveraj ialah 1: 1000. Pesanan minima ialah 0.01, dan spread terapung bermula pada 1 pip. Sebagai pedagang forex pemula, ia juga berguna bila dapat menggunakan mana-mana robot dan strategi tanpa apa apa sekatan.

Akaun mikro – Dengan akaun mikro, peniaga boleh menikmati faedah spread tetap dan perdagangan forex STP. Terdapat juga leveraj setinggi 1: 3000 dan spread tetap pada 3 pips.

Akaun standard – Bila peniaga telah melewati peringkat pemula, dia boleh berhijrah ke akaun standard. Akaun ini lebih sesuai untuk para pedagang forex yang menpunyai sedikit lebih pengalaman dan siap untuk menguji strategi mereka. Tumpuan akaun ini adalah terutamanya untuk meningkatkan keuntungan, dan mengurangkan risiko dengan spread terapung yang lebih rendah. Deposit minima ialah $100 dan leveraj ialah 1: 3000.

Akaun Zero spread – Deposit minima untuk akaun ini ialah $500. Akaun ini adalah pilihan untuk pedagang forex yang lebih serius. Seperti namanya, perdagangan boleh dilaksanakan tanpa spread. Ini bermaksud pedagang forex dapat lebih akrab dengan keadaan pasaran dan bagaimana ia mempengaruhi perdagangan. Ramai peniaga profesional mendapati akaun ini sangat berguna. Komisen sebanyak $20 dikenakan bagi setiap lot.

Akaun Unlimited – Akaun Ini berbeza sedikit daripada akaun lain kerana ia ialah akaun STP. Akaun ini adalah pilihan yang paling menyerupai keadaan dagangan sebenar dalam pasaran Forex. Deposit minima ialah $500, dan spread terapung bermula pada 0.2 pip. Akaun ini juga tiada sekatan terhadap kedudukan pasaran terbuka dan pesanan yang belum selesai. Jadi pedagang forex mempunyai kebebasan untuk berdagang seperti yang mereka inginkan.

Akaun ECN – Deposit minima $1000 dengan spread terapung dari 1 pip dan leveraj sehingga 1: 500.
Setelah anda membiayai akaun anda dengan amaun sebanyak $10,000 dan menjual 50 lot, anda akan dijemput untuk menjadi pelanggan VIP di FBS. Pelanggan VIP FBS mempunyai kelebihan tertentu seperti keutamaan dalam memproses pengeluaran wang dan deposit, pengurus akaun peribadi, hadiah VIP dan sijil klien VIP.

Kami juga harus menyebutkan di dalam ulasan FBS Malaysia ini bahawa FBS juga menawarkan akaun demo. Akaun demo sebenarnya merupakan cara yang ideal untuk anda memulakan kerjaya dagangan forex anda.

Akaun demo membolehkan anda berdagang dengan keadaan pasaran sebenar tetapi dengan wang maya. Ia akan memberi anda banyak peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang perdagangan Forex dan juga menguji pelbagai strategi.

DEPOSIT DAN PENGELUARAN WANG DENGAN FBS

Kami telah menyebut bahawa dana anda boleh didepositkan dalam USD atau EUR. Tetapi anda boleh juga membiayai akaun anda dengan Baht Thailand. Untuk kaedah pembayaran, FBS menyokong pelbagai kaedah seperti debit dan kad kredit, pemindahan secara elektronik, NETELLER, Skrill, OK PAY, CashU, PerfectMoney dan Bitcoin.

Untuk pemindahan secara elektronik , bayaran adalah 30EUR. Amaun pengeluaran minima adalah serendah $1 kecuali jika melalui pemindahan secara elektronik. Dengan pemindahan secara elektronik, amaun pengeluaran minima adalah $ 1000.

Sokongan pelanggan di FBS tersedia dalam beberapa bahasa yang berbeza. Talian komunikasi dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan melalui e-mel dan live chat. Untuk sokongan pelanggan melalui telefon dan media sosial, sokongan hanya tersedia 24/5.

Broker forex FBS boleh dianggap sebagai broker terkemuka dan ia sebenarnya telah memenangi beberapa anugerah. Cuba baca ulasan broker forex di laman web ini dan anda akan melihat pelanggan mereka gembira dengan perkhidmatan yang mereka terima. Dengan deposit minima yang rendah dan leveraj setinggi 1: 3000, FBS pastinya pilihan yang baik sebagai platform dagangan forex anda.

Other Broker Reviews

FXTMHotforexXM
XTBAlpariCFD

Top 5 Forex Brokers

✅ Accounts: $5K - $300K
✅ Profit Split: 90%
✅ Profit Targets: 10%

✅ Accounts: $4K - $100K
✅ Profit Split: 60-90%
✅ Profit Targets: 10%, 10%, 5%

✅ Accounts: $5K - $200K
✅ Profit Split: 80%
✅ Profit Targets: 8%, 5%

✅ Accounts: $5k - $100k
✅ Profit Split: up to 90%
✅ Profit Targets: 10%

Top Platform in 2024

✅ Accounts: $5K - $300K
✅ Profit Split: 90%
✅ Profit Targets: 10%

✅ Accounts: $4K - $100K
✅ Profit Split: 60-90%
✅ Profit Targets: 10%, 10%, 5%

✅ Accounts: $5K - $200K
✅ Profit Split: 80%
✅ Profit Targets: 8%, 5%

✅ Accounts: $5k - $100k
✅ Profit Split: up to 90%
✅ Profit Targets: 10%

Top Prop Firm in 2024

✅ Accounts: $5K - $300K
✅ Profit Split: 90%
✅ Profit Targets: 10%

✅ Accounts: $4K - $100K
✅ Profit Split: 60-90%
✅ Profit Targets: 10%, 10%, 5%

✅ Accounts: $5K - $200K
✅ Profit Split: 80%
✅ Profit Targets: 8%, 5%

✅ Accounts: $5k - $100k
✅ Profit Split: up to 90%
✅ Profit Targets: 10%