Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bonus Broker Forex Sekarang!

Sekiranya anda ingin memilih bonus broker forex yang terbaik untuk anda, terlebih dahulu anda perlu mengenal pasti yang mana satu merupakan bonus terbaik. Walaupun ia merupakan konsep yang mudah difahami, tetapi ia bukan semudah yang disangka. Artikel ini bertujuan untuk membantu anda memahami apa yang dimaksudkan dengan bonus broker forex dan bagaimana anda boleh mendapatkannya. Untuk memperkenalkan salah satu topik yang menarik dan menguja kepada anda, kami menampilkan di sini panduan dan tips berguna untuk anda memilih bonus broker forex.

Best and most trusted forex brokers in March 2024

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Bonus Broker Forex?

Baru – baru ini, kami telah berbincang dengan novis – novis perdagangan dan mendapati bahawa sesetengah daripada mereka tidak mengetahui langsung apa yang dimaksudkan dengan bonus broker Forex. Sekiranya anda salah satu daripada mereka, anda mungkin tidak menyedari kepentingan ciri – ciri bonus broker. Oleh itu anda boleh mendapat manfaat daripada mempelajari lebih dan walaupun anda merupakan pedagang yang berpengalaman, anda tidak rugi kerana mendapat manfaat daripada maklumat tambahan.
Bonus broker Forex menyerupai bonus – bonus yang anda mungkin pernah lihat di laman perjudian atau pun laman pertaruhan sukan serta dalam TV atau pun dalam permainan dan rancangan dalam talian. Walau bagaimanapun, ia mempunyai ciri – ciri tersendiri juga. Bonus broker Forex boleh dirujuk sebagai iklan, tawaran istimewa atau pun sebagai hadiah. Dalam semua keadaan, bonus pada kebiasannya ialah percuma. Akan tetapi, ini tidak bermakna bahawa bonus tersebut tidak tertakluk kepada terma dan syarat yang berkaitan. Kami selalu menyarankan para pedagang untuk membaca terma dan syarat – syarat ini dengan teliti agar mereka tidak menghadapi sebarang masalah semasa memilih tawaran bonus. Secara umumnya, mana – mana bonus broker Forex ialah hadiah yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggan. Bonus – bonus yang datang dari platform pedagang spesifik pula hanya akan diberi kepada pelanggan yang menggunakan platform spesifik tersebut. Bonus universal yang boleh diguna pakai di mana – mana saja tidak wujud. Tambahan pula, broker boleh mengeluarkan seberapa banyak tawaran istimewa yang diingini dalam pelbagai jenis. Tujuan utama laman pedagang menawarkan bonus adalah untuk menarik lebih banyak pelanggan atau pun mengekalkan para pelanggan yang telah sedia ada.

Kumpulan Bonus Broker Forex

Sebelum menggariskan pelbagai jenis bonus untuk anda, kami akan menunjukkan anda kumpulan utama yang mana mereka telah diklasifikasikan. Kumpulan – kumpulan ini mencerminkan tujuan setiap tawaran istimewa direka.

  • Bonus untuk pemula – Ini merupakan bonus paling popular dan berjaya kerana bonus ini bertujuan untuk menarik pelanggan ke laman pedagang yang khusus. Bonus ini tidak boleh digunakan semula atau oleh pelanggan yang telah mendaftarkan diri dalam sistem broker Forex. Bonus ini juga dikenali sebagai iklan aluan, tawaran istimewa untuk pelanggan baru dan juga bonus daftar diri dan sebagainya. Untuk mendapatkan bonus ini, anda haruslah tidak pernah berdagang dalam laman tersebut dan mendaftarkan diri untuk perkhidmatan mereka.
  • Bonus untuk pelanggan tetap – seperti bagaimana pentingnya untuk pedagang menarik lebih banyak pelangaan, mengekalkan pelanggan yang sedia ada juga amat penting. Di sini bonus pelanggan tetap memainkan peranannya. Ini hanya akan disediakan kepada pelanggan setia dan pada kebiasannya, ini merupakan bonus broker Forex yang terbaik kerana bonus ini membolehkan pelanggan terpilih untuk mendapatkan keistimewaan atau pun tambahan yang tidak beri kepada pedagang lain. Sesetengah tawaran mungkin juga tidak digariskan sebagai bonus secara rasmi di laman. Bonus ini selalu ditawarkan untuk menggalakkan pelanggan tetap untuk terus menggunakan perkhidmatan broker untuk jangka masa panjang agar mereka dapat manfaat tersebut.
  • Bonus daripada pihak ketiga adalah spesifik, tetapi agak terkenal. Terdapat pelbagai jenis promosi seperti ini, tetapi ciri – ciri utama yang membezakan bonus ini daripada tawaran lain ialah penglibatan pihak ketiga dengan pedagang utama dan broker yang didaftar di bawahnya.

Apakah Jenis Broker Forex yang Kami Ketahui?

Anda pasti dapat mencari bonus broker Forex yang terbaik untuk anda daripada pilihan – pilihan di sini tetapi bonus terbaik yang memenuhi kehendak anda merupakan pilihan yang anda harus lakukan sendiri. Walaupun novis – novis lebih gemar bonus sambutan, pelanggan yang lebih berpengalaman akan menikmati manfaat lebih daripada promosi – promosi lain. Berikut merupakan Bonus Broker Forex lazim yang anda akan temui dalam aktiviti perdagangan anda dalam platform lain – lain.

  • Bonus Tanpa Deposit – Apabila mencari bonus broker Forex terbaik, ini merupakan bonus yang pedagang akan tekankan. Bonus ini memerlukan anda untuk menjadi pelanggan baru untuk sesebuah laman sesawang. Anda tidak perlu membuat sebarang deposit permulaan, yang mana anda biasanya perlu buat sebelum mendapat bonus atau berdagang. Sebaliknya, bonus ini biasanya merupakan sejumlah wang yang akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun anda.
  • Bonus Deposit – Bonus deposit memerlukan anda untuk membuat pelabuaran anda sendiri sebelum anda mendapat ganjaran anda. Bonus deposit standard biasanya akan ditunjukkan dalam peratus. Sebagai contoh, syarat deposit minimum anda untuk sebuah laman sesawang mungkin ialah $100 dengan tawaran sebanyak 50% bonus deposit berdasarkan deposit yang anda buat. Oleh itu, jika anda mendepositkan 100% setiap kali, akaun anda akan dikreditkan dengan $150 dan bukan $100.
  • Bonus Sambutan – Bonus ini adalah bukan bonus deposit atau pun bonus deposit biasa. Dalam kedua – dua kes, bonus tersebut hanya ditawarkan sekali. In both cases, the bonus is only offered once. Bukan seperti bonus deposit biasa, bonus deposit sambutan hanya merujuk kepada pelaburan pertama perdagang.
  • Program Rujuk Rakan – Ini merupakan bonus broker forex pihak ketiga yang lazim. Dalam kes ini, promosi istimewa ini akan mendapat ganjaran dalam bentuk sejumlah wang ataupun sebahagian daripada jumlah (kebiasaannya deposit permulaan rakan anda) dalam peratus sekiranya anda merujuk rakan anda kepada broker yang sama.
  • Bonus – bonus pelanggan tetap sedia ada yang berbeza bergantung kepada pengalaman pelanggan dan juga pengaturannya dengan broker.
  • Akaun Demo – Akaun jenis ini tidak memerlukan sebarang pelaburan dan boleh dirujuk sebagai tawaran bonus. Walaupun ini membolehkan pedagang untuk berdagang secara bebas untuk sebuah jangka masa tanpa sebarang bayaran, namun satu kelemahannya ialah anda tidak akan dapat keuntungan atau pun rugi.
  • Peraduan Forex boleh juga melibatkan sesetengah bonus istimewa tetapi ini adalah amat jarang untuk broker Forex yang kontemporari.

Bagaimana Cara untuk Dapatkan Bonus Broker Forex Terbaik?

mendapatkan yang terbaik bonus forexAkhir sekali, kami akan cuba untuk menasihatkan anda bagaimana cara untuk mendapatkan tawaran terbaik Forex dalam laman. Pedagang berpengalaman dan kumpulan pakar kami mempersembahkan anda tips – tips berguna dalam mencari broker Forex terbaik dalam laman.

  • Lihat apa platform Forex semasa anda tawarkan. Mungkin ada tawaran istimewa yang bagus untuk anda..
  • Buat carian dalam laman menggunakan kata kunci “bonus Forex terbaik”, “tawaran Forex terhebat”dll. Lihat senarai broker yang menyediakan tawaran seperti ini dan pilih bonus – bonus yang datang daripada platform perdagangan yang ternama dan boleh dipercayai.
  • Baca ulasan broker Forex. Ulasan – ulasan ini mengandungi bahagian khas tentang tawaran bonus pada setiap platform. Semak tawaran – tawaran ini dan tengok sama ada bonus yng ditawarkan tersebut sesuai untuk anda.
  • Lawat forum – forum perdagangan yang mana pedagang tulen membincangkan bonus broker Forex dan bagaimana mereka berfungsi. Ini adalah cara terbaik untuk mencari tawaran terhebat tanpa risiko penipuan.
  • Minta bantuan rakan. Begini lah cara popular untuk Program ‘Rujuk Rakan’ berfungsi. Sudah tentu kami hanya akan menyarankan anda untuk meminta bantuan daripada pedagang berpengalaman.

Pedagang tidak patut mengendahkan tawaran bonus yang terdapat dalam sistem perdagangan Forex. Tidak kira novis atau pun pelabur berpengalaman, pedagang boleh memanfaat melalui hadiah dan keuntungan yang ditawarkan oleh broker hari ini.

Was the information useful?
Moonspin